Senin, 29 Agustus 2011

resep dalm percintaan anda

Anda bisa melihat ada berapa menu dan resep makanan  dan meinuman dia atas dunia itu, banyak sekali dan semakin hari semakin bertambah ragam dan priasinya padahal mungkin nalar logis anda bisa berkata bahwa "makanan / minuman hanyalah makanan dan minuman, funsi hanya memberikan rasa di lidah dan mengenyangkan perut, dan setelahnya di keluarkan  lagi menjadi jat yang itu heheheheeeee!!!

     Begitu juga halnya dengan yang di namakan cinta, tak ada habisnya orang selalu berpikir, berbicara dengan berkreasi dengan cinta, sehingga duniaini pun ada jutaan lebih ..;.... banyak sekali macam macam menu dan kreasi berbahan dasar cinya di semua konteks hidup, Motivasi cinta berperan besar dalam prilaku tiap manusia. Orang - orang yang suka berkreasi buat puisi atau pun sair cinta ibarat orang yang suka berkreasi membuat berbagai menu masakn baru. kata lata bijak tetng cinta bisa memberikan inspirasi dan motivasi yang membangun...!!

     Kita bercinta sejak lahir. Sudah terlalu banyak definisi tentang cinta Terutama Filem-Filem hindustan cinta telah berikan mekap yang cukup mengasyikan. cinta suatu perasaan yang sukar di gambarkan melalui kata-kata. ia hanya dapat di nikmati secara, mengalaminya sendiri. Cinta tak dapat di pelajari tapi di alami Uniknya Cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung. manusia membina sahsiah di muka bumi bermodalkan kasih sayang dan cinta

     Cinta segalnya bago orang yang bercinta. cinta menjadi jembatan penghubung kepada dua hati yang aslnya terpisah dan saling tidk mengerti..!!

      Cinta adalh motivasi terbaik manusia Manusia teah di terbarkan di muka bumi ini dibekalkan dengan ras cinta. Cinta telah menemukian kembali adam da hawa. melalui cinta lah manusia membina sahsiah dan menjadikan alam ini tempat terbaik untuk di diami

       Jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu dari nikmat Allah telah tercabut daripada anda. sedang cinta salah satu nikmat teragung Allah terhadap hambanya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah nula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.

        Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan.

         Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula dan sentiasa. saat bermulanya cinta adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya. Tatkala itu cinta benar-benar menjadi motivasi yang terhebat. andainya lautan api direntangkan di tengah-tengah, masih sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa cinta begitu memotivasi dan perlu bukti. Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta.

         Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta, memperolehi cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah kebesaran Allah.

         Biar tinggi martabat cinta, ada cinta yang seolah-olah telah hilang keramatnya. Adakalanya cinta yang suci dan penuh makna itu menjadi barang terbuang, berciciran di mana-mana, dilorong-lorong, di bawah rimbunan pepohon dan apatah lagi apabila malam telah melabuhkan tirainya. Manusia-manusia durjana berebut-rebut mengutip bunga cinta yang berkeliaran dan bersimpang siur itu. Harga diri dipertaruhkan dan dicagarkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu yang tidak mengenal iman dan kehormatan.

         Entah di mana silapnya cinta yang sepatutnya menjadi lambang kebahagiaan, kedamaian dan keamanan manusia sejagat adakalanya menjadi pemusnah. Cinta hadir daripada ketrampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang waanita akan menunjukkan sikap, penampilan serta gerak laku yang sentiasa menyakinkan insan yang dicintainya itu.


       Cinta yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh bahagia. Sebgaimana ia bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah ke penghujungnya. Cinta tidak harus dinodai oleh perlakuan-perlakuan kejam, tidak bermoral dan juga yang mencarik kesucian cinta itu sendiri. Andainya cinta boleh dikekalkan sebagaimana ia bermula, bahagia adalah jawapan untuknya.

      Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada suci dan murninya cinta yang dipermodalkan. selama mana cinta dapat dipertahankan pada kedudukannya selama itulah bahagia akan menjadi penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan akan berpaling ke tahap terendah. Jawapannya derita tanpa penyudah.

      Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insan. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan kepada individu yang berhak. Meniti di atasnya bererti meniti di atas bahagia.

      Tiada lagi suatu rasa pun yang boleh memotivasikan manusia kecuali rasa cinta dan bahagia. Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagialah lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah matlamat kehidupan insan menjadi sempurna. Tanpa kedua-duanya, semua kelihatan tercabut dari hasrat, kehendak, sasaran, target dan cita-cita yang murni.

       Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia.

       Cinta murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta telah membuatakan manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik. Alangkah bodohnya orang yang menjadikan cinta jambatan untuk membina kesusahan.

       Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapannya adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan.

Begitulah seharusnya cinta………..

0 komentar:

Posting Komentar